diM sUM mudah, simple dan sedap

so hari ni tetiba like super rajin nak buat dim sum , selepas tgok cerita korea semalam ( pengaruh tv , sbb tu ayah tak bagi tgok korea ahaks) 
tapi its ok new experience kan..  so lets start , cara2 nak buat dimsum sumpah mudah , simple , dan sedap

bahan kulit :

  • tepung gandum (3 cawan) 
  • tepung ubi kayu (2 cawan) 
  • minyak masak (3 senduk kaut nasi) 
  • garam satu sudu 
  • air menggelegak 450 ml
so cepat2 singsing lengan baju dan start: 
  1. masukkan semua bahan2 dan gaul , teha masukkan serentak je , tapi bila masuk ayaq panas tu gaul dgn senduk la , bila dah suam2 kuku baru guna tangan . 
  2. bila dah sebati tu bahagi kepada 4 bahagian dan rehatkan selama 20-30 minit.
  3. waktu uli tu mmg akan rasa eh ayaq macam x cukup je, jangan tambah ayaq lagi keep on menguli k.
ni saiz cawan yang teha guna..
ni bila dah campuq semua , mula2 guna senduk dulu ye kawan2 sbb ayaq panas tadi,

next we move into inti : bahan bahannya ialah:
nutella tu takde kena mengena ye tuan puan

  • ayam , udang (potong kicik kicik)
  • sos tiram 
  • telur sebiji 
  • bawang merah sebiji diricih
  • bawang putih 3 biji diricih 
  • halia 2 cm 
  • kicap
  • garam dan gula secukup rasa 
  1. masukkan semua dan gaul secukupnya 
  2. pastikan ayam udang ditos kering ye, sbb kita taknak air meleleh dari kulit dimsum , messy 
  3. bila dah gelek jangan tebal sangat , jangan nipis sangat , letak inti tengah2 dan kelim gaya bebas 
  4. patutlah dimsum ni mahal nak menggelek satu2 memerlukan kesbaran yang maha tinggi haha








































ni bila dah siap isi dan boleh di kukus (15-20 min) atau goreng , dan taraaa dah siap :
satu adunan boleh ramai gaklah org makan , disebabkan kat rumah takde sapa nak makan , teha pun bagila anak2 murid yang tersayang.. 
feedback: mestilah sedap, dan dorang mengeluh kenapa dapat sorang satu je ( tcer mintak maaf syg , tak banyak pulak yg ada sbb kena share dgn ank murid ting 3)  , so tcer pun buatlah perjanjian nak lagi kena rajin belajar dan x main waktu kelas .. so we have a deal.

till then , 
teha harun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Unplanned Trip

OUTING WITH PUAN MAMA